Minggu ni dari Selasa 21.7.09 hingga 23-7-09 aku ditugaskan memberi sikit input kepada guru-guru PSV bab ICT dalam PSV.Terima kasihlah sebab menerima ilmu dari guru biasa yang tiada banyak cemerlangnya. Tiada kata-kata indah buat guru-guru istimewa ini hanyalah menyampaikan ilmu untuk dipraktik kepada anak bangsa. Harapnya selepas ini semuanya mencuba di rumah atau di sekolah untuk mengasah bakat masing-masing.
Kepada Pn Faridah dan En. Hassan Basri ucapan tak terhingga memberikan peluang ini. Mungkin lain kali kita mencuba ilmu magik lain pulak. Hehehe…simpan pun tak guna juga rugi.Yang bestnya jumpa ramai geng veteran yang lama tak bersembang mencurah rasa jadi cikgu seni, pengalaman kawan-kawan ni banyak mengajar kita sebenarnya. Lain benar rasanya sekarang dengan dulu. Lihat lah aksi mereka berdepan dengan ICT…tertarik jea tapi dengan tanggungjawab sebagai guru penolong kanan, guru cemerlang dan tugas penting jabatan wajah jadi berubah bila menghadapi masalah. Tersenyum juga bila mengingatkan kembali aksi-aksi spontan mereka.


Aku dan guru seni yang pakar dalam bidang masing-masing





Puan Faridah orang kuat bekerja JPNP

En Hassan Basri juga kuat bekerja...agak kurus sikit. Sikit jea tapi kekal mancho.

Cikgu K.Lipis yang gigih mencuba...tahniah dapat hadiah juga akhirnya

Hehehe cuba jaya yang berjaya membolot hadiah. Harap-harap kita jumpe lagi dengan ilmu baru

Penyampaian hadiah oleh Guru Cemerlang DG52 En Bajuri Rabu kepada peserta kursus yang berjaya
Abang Bajuri yang low profile ni mudah didekati dan ‘mesra pengguna’ sebagai bahan rujukan. Banyak pengalaman dicurahkan sepanjang bersama. Tidak salah jadi GC gini tetap kekal menghormati sesapa sahaja. Cikgu baru ke cikgu lama ke, tukang kebun ke sama saja di mata dia. Kalau berjalan keluar dengan dia dalam sejam dekat sepuluh orang menegur dia di sepanjang perjalanan. Masa sejam jadi 3 jam. Hehehe malah driver bas di Kuantan pun kenal dia. Bila masa pulak dia naik bas.
Terima kasih cikgu-cikgu dan Pn Faridah, En Hassan atas kepercayaan menyampaikan ilmu selama 3 hari dua malam di Hotel Seri Malaysia Genting. Tahun depan kita ke Swiss Garden KL la pulak. Tambah ilmu bagi menyaingi kepesatan pembangunan pendidikan dunia. Nanti taklah tertinggal dalam era yang serba canggih ni. En. Saadan go with our part time job. Moga lebih sukses dengan keupayaan menterjemahkan kehendak semasa kini. Read more »